mohdsyazwan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Kedah bakal melahirkan lebih ramai pemain sepak takraw berkualiti dan terbaik menerusi klinik pembangunan yang dilaksanakan di seluruh negeri itu.
Menerusi kerjasama jurulatih dan pemain sepak takraw kedah, klinik berkenaan mendapat sambutan lebih 120 pelajar sekolah dengan program pertama berlangsung di sekitar Kulim.
Presiden Persatuan Sepaktakraw Negeri Kedah, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir memaklumkan sambutan luar biasa yang ditunjukkan pelajar di sekitar Kulim membuktikan negeri terbabit tidak ketandusan bakat muda dalam sukan terbabit.
“Sambutan luar biasa dan sangat baik membabitkan warga pendidik serta pelajar di Kulim dan Bandar Baharu.
“Persatuan Sepaktakraw Kedah akan menjelajah ke seluruh Kedah dalam usaha mengenal pasti pemain terbaik untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd



