Jelaskan tentang bayaran peguam dalam penyelesaian Goldman Sachs, gesa Pua

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Damansara Tony Pua meminta Kementerian Kewangan membuat penjelasan berkenaan bayaran kepada ahli profesional yang terlibat dalam penyelesaian antara kerajaan dan Goldman Sachs.

Pua, yang juga setiausaha publisiti kebangsaan DAP, berkata walaupun mendapat kritikan daripada pembangkang dan masyarakat awam, kerajaan pimpinan Perikatan Nasional tidak mahu mendedahkan syarat-syarat penyelesaian dengan Goldman Sachs, yang dianggap tidak memuaskan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan, penyelesaian itu terikat dengan klausa kerahsiaan, kata Pua.

Dalam kenyataan hari ini, Pua berkata timbul kebimbangan bahawa penyelesaian itu tidak setelus sebagaimana digambarkan, dan bahawa peguam-peguam yang terlibat dibayar lumayan.

Beliau berkata, timbul juga dakwaan bahawa komisen dibayar kepada PPBM.

Kata Pua, Ketua Penerangan PPBM Wan Saiful Wan Jan menyangkal dakwaan tersebut, dan menggambarkannya sebagai “fitnah” dan “pembunuhan karakter” terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

BERITA LANJUT MENYUSUL