Jemaah meninggal dunia di masjid selepas solat Isyak

Jemaah meninggal dunia di masjid selepas solat Isyak

am@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Seorang jemaah di Masjid Jamek Kampung Likas dilaporkan meninggal dunia selepas selesai menunaikan solat Isyak di masjid berkenaan malam tadi.

Berdasarkan perkongsian di Facebook masjid berkenaan, lelaki itu adalah jemaah yang rutin hariannya hadir ke masjid Jamek Kampung Likas, di sini, bagi menunaikan solat fardu.

“Arwah salah seorang jemaah yang rutin hariannya hadir ke masjid untuk menunaikan solat fardu.

“Pemergian Almarhum ini adalah keuntungan yang besar menuju ke masjid, selepas menunaikan solat fardu Isyak pada malam Jumaat dan bulan yang mulia bulan Ramadan. Semoga Allah menerima segala amal kebaikannya. Al-Fatihah,” katanya dalam perkongsian berkenaan.

Ramai netizen mengucapkan takziah dan menyifatkan pemergian arwah sesuatu yang dicemburui kerana meninggal dunia di masjid ketika menunaikan solat, lebih-lebih lagi pada malam Jumaat dan hari pertama umat Islam berpuasa sempena bulan Ramadan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top