Oh! Negara
Kabinet kecam kenyataan Nik Muhammad Zawawi yang didakwa menghina sahabat Nabi dalam ceramah politik.
Jemaah Menteri Malaysia dilaporkan mengecam keras kenyataan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Muhammad Zawawi Salleh yang didakwa menghina sahabat Nabi Muhammad SAW ketika satu ceramah politik di Kuala Terengganu, Ahad lalu.
Jurucakap Kerajaan MADANI, Fahmi Fadzil berkata isu itu turut dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dan tindakan berkenaan dianggap tidak boleh diterima. Reaksi netizen di media sosial juga dilihat sangat panas sejak isu ini mula tular.
Jemaah Menteri serah kepada pihak berkuasa

Menurut Fahmi, pihak Kabinet menyerahkan sepenuhnya kepada polis dan pihak berkuasa agama untuk menjalankan siasatan lanjut terhadap isu berkenaan.
Jemaah Menteri dimaklumkan terdapat sejumlah laporan polis yang sudah dan sedang dibuat, maka kita serah kepada pihak berkuasa, terutama mungkin majlis atau jabatan agama berkaitan untuk melakukan siasatan.
Bagaimanapun, sehingga sekarang, respon dalam media sosial itu sangat panas mengenai isu ini dan kita faham.- Katanya.
Nik Muhammad Zawawi mohon maaf

Terdahulu, Nik Muhammad Zawawi Salleh telah memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang mengaitkan sahabat Nabi Muhammad SAW dengan istilah yang dianggap menghina ketika ceramah tersebut.
Beliau turut mengakui berlaku kekhilafan dalam cara penyampaian dan pengolahan maklumat sehingga menimbulkan kontroversi serta menyinggung perasaan ramai pihak.
Ada yang meminta semua pihak lebih berhati-hati ketika menyentuh soal agama, terutama melibatkan sahabat Nabi Muhammad SAW kerana ia isu yang sangat sensitif dalam kalangan umat Islam.
Pssttt! Bila bercakap soal agama, lebih-lebih lagi melibatkan sahabat Nabi, semua pihak kena lebih berhati-hati dan bertanggungjawab. Kadang-kadang satu ayat boleh cetus salah faham besar dan mengguris hati ramai orang tanpa kita sedar.
Kredit: FB Fahmi Fadzil
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




