Trending
Persada Global Holidays akui jemaah terkandas akibat isu dana dan tiket. Semua dalam keadaan selamat.
Kecoh baru-baru ni bila seramai 43 jemaah umrah termasuk seorang mutawif dilaporkan terkandas di Lapangan Terbang Jeddah selepas agensi pelancongan yang menguruskan perjalanan mereka dikatakan gagal sediakan tiket penerbangan pulang ke tanah air.
Sepatutnya, mereka dijadualkan terbang pulang ke Malaysia pada malam Sabtu lalu, tapi setibanya di lapangan terbang, terus dapat kejutan bila dimaklumkan tiada tiket disediakan. Bayangkan perasaan bila dah ready nak balik, tapi tak boleh naik kapal terbang.
Persada Global Holidays tampil beri penjelasan jemaah umrah terkandas…
Pengarah Urusan Persada Global Holidays Sdn Bhd, Shahir Ibrahim, tampil memberikan penjelasan melalui kenyataan rasmi syarikat pada Ahad.
Katanya, insiden ni berlaku sebab beberapa isu logistik dan teknikal yang tak dijangka. Antaranya termasuk kekangan dana operasi serta cabaran mengesahkan tiket penerbangan dalam tempoh ditetapkan.
Syarikat tidak melarikan diri atau mengabaikan tanggungjawab. Semua tindakan sedang diambil secara menyeluruh dan berfasa.- Katanya.
Jemaah dalam keadaan selamat, tiket pulang diusahakan…
Shahir juga memaklumkan bahawa semua jemaah yang terkandas ketika ini berada dalam keadaan baik dan dijaga oleh petugas syarikat di Jeddah.
Kami juga mengusahakan penyelesaian segera termasuk memohon kerjasama daripada jemaah yang berkemampuan untuk memberikan pinjaman sementara bagi pembelian tiket, dengan komitmen bayaran balik dalam tempoh 90 hari.- Katanya lagi.
Syarikat itu turut mengatur pembelian tiket pulang secara berperingkat dan turut memohon kerjasama daripada jemaah yang berkemampuan untuk beri pinjaman sementara bagi pembelian tiket.
Syarikat beri jaminan penuh dan kerjasama dengan MOTAC…
Dalam kenyataan sama, Shahir turut menegaskan bahawa syarikat mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku dan akan menyelesaikan isu ini secara telus, adil dan bertanggungjawab.
Persada Global Holidays juga sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan akan serahkan laporan penuh kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Pssttt! Ohmedia harap insiden macam ni jadi pengajaran buat semua pihak, terutama syarikat pelancongan. Korang yang ada niat nak pergi umrah atau melancong, pastikan buat semakan penuh latar belakang syarikat, pastikan juga semua urusan tiket dan dokumen disahkan lebih awal.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!