Jemaah Wanita Dakwa Terkandas Tanpa Penginapan Dan Makanan Di Jeddah, Rupa-Rupanya Ada ‘Plot Twist’?

Jemaah Wanita Dakwa Terkandas Tanpa Penginapan Dan Makanan Di Jeddah, Rupa-Rupanya Ada ‘Plot Twist’?

Trending

Jemaah umrah tular dakwa terkandas di Jeddah, mutawif tampil dedah cerita sebenar isu penerbangan dan penginapan jemaah Malaysia.


Beberapa hari lalu, tular di TikTok perkongsian seorang wanita mendakwa dirinya bersama nenek dan 27 jemaah umrah Malaysia terkandas di Jeddah disebabkan ruang udara yang ditutup berikutan konflik Timur Tengah.

Dalam perkongsian itu, dia mendakwa sepatutnya pulang ke tanah air pada 1 Mac menaiki penerbangan Emirates.

Wanita dakwa terkandas, tiada bantuan penginapan dan makanan

Terkandas 1

Dia mendakwa lagi, syarikat penerbangan hanya memberikan tiket pulang tetapi tidak bertanggungjawab di atas penginapan dan makanan sepanjang mereka terkandas di sana.

Dakwanya lagi, syarikat umrah yang membawa mereka juga hanya menanggung selama beberapa hari dan selebihnya mereka perlu menggunakan wang sendiri.

Terbaru, seorang lelaki yang juga terkandas di Jeddah tampil menceritakan perkara sebenar. Dia yang menaiki penerbangan Malaysia Airlines berkata, syarikat penerbangan ada menyediakan penginapan selama 5 hari penerbangan ditunda.

Lelaki tampil dedah perkara sebenar

Dia juga mengikuti kes yang ditularkan seorang jemaah wanita sebelum ini, lelaki ini berkata mereka sebenarnya datang menggunakan agensi umrah yang sama.

Katanya, kenyataan yang dibuat wanita berkenaan bercanggah dengan apa sebenarnya terjadi. Pihak agensi umrah sebenarnya menyediakan hotel dan makanan sepanjang wanita itu dan kumpulannya terkandas.

Saya diberitahu group leader cuba bincang dengan saudari, tapi saudari buat endah tak endah tetap nak posting video. Dia tak boleh nak berbincang. Sebenarnya hari pertama dan kedua syarikat tanggung hotel dan makan minum. Hari ketiga, mereka dipindahkan hotel dan diambil oleh Emirates. Emirates tanggung pula hotel dan berikan hotel 5 bintang. Tak ada istilah saudari duduk di tepi jalan, mengemis meminta.

Lelaki ini yang juga merupakan seorang mutawif meluahkan rasa pelik apabila wanita ini seolah-olah mahu menyatakan syarikat agensi dan penerbangan langsung tidak bertanggungjawab.

Malah, dia pelik apabila wanita berkenaan dikatakan meminta-minta bantuan untuk pulang ke tanah air dan sebagainya.

Saya nak ingatkan pada saudara, tiket saudari juga telah confirm, terbang pada 5/3 waktu Jeddah pukul 4.15 pagi. Saya harap saudari sembang dengan group leader. Saya diberitahu group leader cuba sembang dengan saudari tapi saudari tetap dengan pendirian nak buat video. Semua orang terkandas di Jeddah tapi tak ada lah terpaling terkandas.

Lelaki ini berkata lagi, dia telah komen di TikTok wanita itu menceritakan kebenaran tetapi komennya beberapa kali telah dipadam.

Dia mempersoalkan motif wanita itu memadam penjelasannya. Dia berharap penjelasan yang diberikan ini dapat membetulkan salah faham yang ditimbulkan jemaah wanita terbabit.

Pssttt! Dalam era media sosial hari ini, satu perkongsian boleh dengan mudah mencetuskan pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat. Sebab itu penting untuk kita mendapatkan maklumat daripada pelbagai sudut sebelum membuat kesimpulan agar tidak menimbulkan salah faham terhadap mana-mana pihak.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top