Jenazah Pengarang Buletin TV9 Nur Hanim Abdullah selamat dikebumikan

Jenazah Pengarang Buletin TV9 Nur Hanim Abdullah selamat dikebumikan

am@hmetro.com.my

Alor Setar: Jenazah Pengarang Buletin TV9 di Jabatan Berita dan Hal Ehwal Semasa, Nur Hanim Abdullah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Uda di sini, hari ini.

Terdahulu jenazah disembahyangkan di Masjid Sultanah. Lebih 50 ahli keluarga dan kenalan hadir mengiringi perjalanan akhir Allahyarham.

Hadir sama, suaminya Muhammad Zahri Abd Rahim, 43.

Nur Hanim, 45, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat kanser pada 1.45 tengah hari tadi.

Beliau yang memiliki lebih 22 tahun pengalaman dalam bidang penyiaran dan kewartawanan, memulakan perkhidmatan dengan NTV7 pada 2004 selaku wartawan dan penolong penerbit, sebelum bertugas sebagai penerbit dan pengarang Buletin TV9.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top