Proses menggali semula kubur pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir dilaporkan selesai kira-kira jam 7.15 malam.
BACA: Peguam Negara Arah Gali Semula Kubur Jenazah Zara Qairina
Seterusnya, mayat dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk proses bedah siasat yang dijadualkan pada 9 pagi esok.
Laungan Allahuakbar bergema

Memetik laporan Sinar Harian, suasana di tanah perkuburan dipenuhi takbir ‘Allahuakbar’ yang bergema berulang kali.
Momen penuh emosi itu turut diselubungi rasa sayu apabila jenazah didapati masih utuh seperti baru dikebumikan.
“Bau wangian harum seperti bunga”
Seorang penduduk dari Kampung Maligan, Jeffry Fauzi Rahman, yang hadir di lokasi mendakwa terhidu bau harum sebelum proses penggalian dimulakan.
Sebelum proses menggali dimulakan, ada bacaan doa diadakan. Saya juga ada terhidu bau wangian harum seperti bunga lalu tadi.
Malah, ada penduduk setempat berkongsi keadaan jenazah seperti baru dikebumikan. Ramai netizen meluahkan rasa sebak serta menganggap Zara sebagai ‘anak syurga’ yang kini berada di sisi Pencipta.
Pssttt! Semoga keadilan buat adik Zara Qairina yang diperlakukan dengan sangat kejam! Sama-sama kita doakan yang terbaik.
Kredit: Sinar Harian | Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.