am@hmetro.com.my
Sipitang: Jenazah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Papar, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, selamat dikebumikan semula di lokasi sama pada jam 1.15 pagi ini.
Pengebumian semula jenazah Zara Qairina dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Sipitang mengambil masa selama setengah jam selepas prosedur bedah siasat dilakukan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE), siang tadi selama sekitar lapan jam.
Prosedur bedah siasat bermula kira-kira jam 11 pagi tadi dan selesai jam 7.30 malam.
Selepas prosedur bedah siasat selesai, kenderaan yang membawa jenazah Zara Qairina meninggalkan HQE pada jam 9.20 malam dan tiba di sini pada jam 12.41 tengah malam.
Walaupun cuaca hujan namun ia tidak menghalang orang ramai termasuk keluarga dan kenalan Zara Qairina menunggu di sekitar kawasan perkuburan sehingga pengebumian selesai.
Sabtu lepas, penggalian semula kubur Zara mengambil masa lebih satu jam sebelum selesai pada jam 7.31 malam selepas dimulakan pada jam 6.04 petang.
Media sebelum ini melaporkan Zara didakwa terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama dan ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang pada jam 4 pagi 16 Julai lalu.
Zara disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu.
Berita lanjut menyusul
- Petugas media, orang awam penuhi pekarangan hospital ikuti kes Zara Qairina
- Peguam nafi kutip sumbangan biayai yuran guaman kes Zara Qairina
- Peguam, tiga polis turut memerhati proses bedah siasat Zara Qairina
- ‘Itu bukan suara Zara Qairina, jangan sebar fitnah’ – Peguam
- Zara Qairina suka mengaji, solat tak pernah tinggal – ustazah
- Empat pakar patologi jalankan bedah siasat ke atas mayat Zara Qairina
- DNA tak akan musnah biarpun mayat sudah lama dikebumikan – Pakar forensik
- 40 polis berkawal sepanjang proses bedah siasat Zara Qairina di HQE I
- Bedah siasat Zara Qairina di Hospital Queen Elizabeth I
© New Straits Times Press (M) Bhd