Jenazah Zara Qairina tiba di Sipitang untuk dikebumikan semula

Jenazah Zara Qairina tiba di Sipitang untuk dikebumikan semula

am@hmetro.com.my

Sipitang: Jenazah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Papar, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, tiba di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Sipitang sekitar jam 12.41 tengah malam.

Pengebumian semula jenazah Zara Qairina dilakukan di lokasi sama selepas prosedur bedah siasat dilakukan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE) selama sekitar lapan jam.

Prosedur bedah siasat bermula kira-kira jam 11 pagi tadi dan selesai jam 7.30 malam.

Selepas prosedur bedah siasat selesai, kenderaan yang membawa jenazah Zara meninggalkan HQE pada jam 9:20 malam menuju ke Sipitang.

Semalam, penggalian semula kubur Zara mengambil masa lebih satu jam sebelum selesai pada jam 7.31 malam selepas dimulakan pada jam 6.04 petang.

Berita lanjut menyusul

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top