am@hmetro.com.my
Johor Bahru : Kerajaan Negeri Johor memberi tumpuan serta keutamaan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting terutamanya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), walaupun terpaksa melanjutkan penutupan sekolah akibat keadaan jerebu berpanjangan.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Dr Muhammad Naqib Md Ghazali berkata, dianggarkan seramai 44,000 calon SPM di seluruh negeri dalam persediaan awal menjelang Ujian Lisan yang dijadualkan bermula minggu hadapan.
Beliau berkata, simulasi menghadapi SPM sudah dijalankan pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sepanjang minggu lalu dengan pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
“Proses simulasi itu dilakukan bagi memastikan setiap sekolah bersedia menguruskan pergerakan pelajar secara berdisiplin serta mengelakkan pendedahan berpanjangan kepada udara tercemar.
“Bagi mengurangkan risiko jangkitan dan pendedahan jerebu, JPNJ turut disaran mengenal pasti serta memanfaatkan ruang berhawa dingin atau tertutup seperti bilik guru dan dewan khas sebagai lokasi peperiksaan.
“Pendekatan menyediakan ruang peperiksaan berpenghawa dingin ini dilihat sebagai langkah proaktif untuk membolehkan pelajar menduduki ujian dalam keadaan selamat dan selesa tanpa perlu menghirup udara luar secara berlebihan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pengurniaan Pelitup Muka kepada Kerajaan Negeri Johor oleh Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah di Dewan Auditorium, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), di sini, semalam.
Dr Muhammad Naqib turut memberi peringatan kepada semua calon SPM supaya terus pulang ke rumah sejurus tamat sesi peperiksaan dan tidak melakukan aktiviti luar yang boleh menjejaskan tahap kesihatan diri.
“Pelajar diingatkan supaya tidak merayau-rayau, menunggang motosikal atau berbasikal di luar rumah kerana pendedahan kepada jerebu boleh menurunkan tahap imuniti badan sebelum peperiksaan utama bermula,” katanya.
Menurut beliau, selain calon SPM, kelonggaran kehadiran ke sekolah secara terhad ini turut dibenarkan bagi murid yang menduduki pentaksiran, serta sebahagian daripada 160,000 pelajar sekolah agama di Johor.
Mengulas mengenai keputusan melanjutkan penutupan sekolah, Dr Muhammad Naqib berkata, kerajaan negeri bersetuju melanjutkan tempoh pelanjutan sehingga 23 Oktober ini mengikut garis panduan keselamatan dan atas titah nasihat Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
Katanya, keputusan itu dibuat berdasarkan faktor kesihatan kritikal apabila data menunjukkan kira-kira 40 peratus pelajar di kawasan terjejas mula mengalami simptom penyakit berkaitan jerebu seperti asma, konjungtivitis dan jangkitan saluran pernafasan (URTI).
“Langkah pencegahan awal disifatkan amat penting memandangkan jumlah kapasiti katil di hospital seluruh Johor adalah terhad iaitu sekitar 5,000 hingga 6,000 unit saja berbanding ratusan ribu pelajar yang berisiko.
“Penilaian penutupan sekolah juga tidak bergantung kepada Indeks Pencemaran Udara (IPU) semata-mata, sebaliknya mengambil kira ramalan kaji cuaca satelit serta tempoh tiupan angin pembawa jerebu dari Kalimantan,” katanya.
Semalam, Raja Zarith Sofiah berkenan menyempurnakan Majlis Pengurniaan Pelitup Muka kepada Kerajaan Negeri Johor.
Berangkat sama, Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.
Sumbangan sebanyak 500,000 unit pelitup muka itu disampaikan menerusi Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) khusus buat seluruh murid dan pelajar sekolah di negeri ini.
Kurniaan itu adalah kesinambungan daripada siri inisiatif kebajikan dan keprihatinan berterusan Baginda dalam membendung kesan jerebu terhadap komuniti.
#taskid sendstory
Online / print
JOHOR : Jerebu : Johor utamakan calon SPM, sekolah laksana simulasi SOP dan pertimbang bilik berhawa dingin
Oleh Izz Laily Hussein
am@hmetro.com.my
bhnews@bh.com.my
Pix : Najmi Nor’Azam
Johor Bahru : Kerajaan Negeri Johor memberi tumpuan serta keutamaan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting, terutamanya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), walaupun terpaksa melanjutkan penutupan sekolah akibat keadaan jerebu berpanjangan.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Dr Muhammad Naqib Md Ghazali berkata, dianggarkan seramai 44,000 calon SPM di seluruh negeri dalam persediaan awal menjelang Ujian Lisan yang dijadualkan bermula minggu hadapan.
Beliau berkata, simulasi menghadapi SPM telah dijalankan pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sepanjang minggu lalu dengan pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
“Proses simulasi itu dilakukan bagi memastikan setiap sekolah bersedia menguruskan pergerakan pelajar secara berdisiplin serta mengelakkan pendedahan berpanjangan kepada udara tercemar.
“Bagi mengurangkan risiko jangkitan dan pendedahan jerebu, pihak JPNJ turut disaran mengenal pasti serta memanfaatkan ruang berhawa dingin atau tertutup seperti bilik guru dan dewan khas sebagai lokasi peperiksaan.
“Pendekatan menyediakan ruang peperiksaan berhawa dingin ini dilihat sebagai langkah proaktif untuk membolehkan pelajar menduduki ujian dalam keadaan selamat dan selesa tanpa perlu menghirup udara luar secara berlebihan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pengurniaan Pelitup Muka kepada Kerajaan Negeri Johor oleh Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah di Dewan Auditorium, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di sini, semalam.
Dr Muhammad Naqib turut memberi peringatan kepada semua calon SPM supaya terus pulang ke rumah sejurus tamat sesi peperiksaan dan tidak melakukan aktiviti luar yang boleh menjejaskan tahap kesihatan diri.
“Pelajar diingatkan supaya tidak merayau-rayau, menunggang motosikal atau berbasikal di luar rumah kerana pendedahan kepada jerebu boleh menurunkan tahap imuniti badan sebelum peperiksaan utama bermula,” katanya.
Menurut beliau, selain calon SPM, kelonggaran kehadiran ke sekolah secara terhad ini turut dibenarkan bagi murid yang menduduki pentaksiran, serta sebahagian daripada 160,000 pelajar sekolah agama di Johor.
Mengulas mengenai keputusan melanjutkan penutupan sekolah, Dr Muhammad Naqib berkata, Kerajaan Negeri Johor bersetuju melanjutkan tempoh pelanjutan sehingga 23 Oktober ini mengikut garis panduan keselamatan dan atas titah nasihat Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
Katanya, keputusan itu dibuat berdasarkan faktor kesihatan kritikal apabila data menunjukkan kira-kira 40 peratus pelajar di kawasan terjejas mula mengalami simptom penyakit berkaitan jerebu seperti asma, konjungtivitis, dan jangkitan saluran pernafasan (URTI).
“Langkah pencegahan awal disifatkan amat penting memandangkan jumlah kapasiti katil di hospital seluruh Johor adalah terhad iaitu sekitar 5,000 hingga 6,000 unit sahaja berbanding ratusan ribu pelajar yang berisiko.

© New Straits Times Press (M) Bhd