Jerebu: Ketua jabatan disaran pertimbang Hari Bekerja Hibrid

Jerebu: Ketua jabatan disaran pertimbang Hari Bekerja Hibrid

am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Ketua jabatan sektor perkhidmatan awam disaran mempertimbang penugasan mengikut Dasar Hari Bekerja Hibrid ( HBH) dengan mengambil kira keadaan jerebu di negeri masing-masing.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, secara kebetulan, masalah jerebu kali ini berlaku sekitar tarikh HBH berkuat kuasa iaitu pada 1 Ogos lalu.

Sehubungan itu, katanya, ketua jabatan di negeri terjejas dibolehkan untuk membenarkan penjawat awam bertugas mengikut sistem HBH.

“Ketua jabatan perlu menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk memastikan input penjawat awam diberi keutamaan walaupun bekerja secara hibrid di rumah, ” katanya.

Terdahulu, Wan Ahmad Dahlan mengadakan Program Ziarah Pesara dan menyantuni tiga pesara, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri, Datuk Abdul Kahar Abdul Latif.

Berdasarkan kaedah HBH, penjawat awam bekerja secara

fizikal selama tiga hari di pejabat, manakala dua hari bekerja dari rumah (BDR) atau lokasi alternatif yang diluluskan.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Dahlan meminta semua penjawat awam terutama yang berkhidmat di negeri yang dilanda jerebu memakai pelitup muka bagi mengelakkan pelbagai isu kesihatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top