Indian Wells: Pemain Amerika Syarikat (AS), Jessica Pegula meneruskan rentak cemerlang apabila memanjangkan rekod kemenangan kepada enam perlawanan selepas menewaskan Donna Vekic pada aksi pusingan kedua Masters Indian Wells.
Jessica bangkit selepas tewas set pertama sebelum mencatat kemenangan 4-6, 6-2, 6-3 ke atas pemain Croatia itu.
Pemain pilihan kelima berusia 32 tahun itu mempamerkan servis mantap dengan lapan ace berbanding hanya satu oleh Donna.
Perbezaan utama dalam dua set terakhir adalah keupayaan Jessica menukar peluang break apabila memenangi kesemua empat peluang break yang dimilikinya selain berjaya menafikan semua empat break point lawan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




