“Jika Ada Rezeki, Mungkin Tiga Orang Anak” – Intan Najuwa Tak Rancang Keluarga

“Jika Ada Rezeki, Mungkin Tiga Orang Anak” – Intan Najuwa Tak Rancang Keluarga

Pelakon dan usahawan jelita, Datin Intan Najuwa menjelaskan kehamilan anak keduanya itu berlaku tanpa dirancang, termasuk kehadiran cahaya mata pertamanya, Imane Lunara.

Menerusi hantaran pautan Ask Me A Question di Instagram (IG) miliknya, Intan atau nama lengkapnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, bagaimanapun meluahkan rasa syukur atas kurniaan rezeki.

“Semuanya berlaku tanpa dirancang, termasuk dengan Lunara. Saya sentiasa percaya pada rezeki,” katanya.

Dalam masa sama, aktres drama rantaian Racun Rihanna ini turut berkongsi perancangannya untuk memiliki tiga orang anak atas izin-Nya.

“Kalau ditanya, mungkin tiga orang anak, jika ada rezeki dan Allah izinkan kerana anak itu amanah, dan menjadi ibu bapa bukanlah sesuatu yang mudah.

“Bukan sekadar menyediakan keperluan, tetapi juga tentang memberi kasih sayang, perhatian, dan segala yang mereka perlukan dalam kehidupan.

“Jadi kita ikut kemampuan yang ada, insya-Allah,” katanya.

Scroll to Top