Penyanyi Zizi Kirana menitipkan mesej buat adiknya Nurul Nazielah untuk menjaga keluarga jika terjadi apa-apa tidak diingini sepanjang mengikuti konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gz.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Zizi turut berkata adiknya yang akan mengambil tugasnya sebagai kakak sulung serta memintanya untuk menjadi contoh buat adik-adik yang lain.
BACA: Zizi Kirana Selamat Tiba Di Tunisia, Misi Ke G Semakin Dekat
Sementara itu, Zizi berkata dia tahu bahawa adiknya itu seorang yang kuat serta menitipkan pesan untuk menjaga ibu serta adik beradik mereka.
“Ini adik perempuan saya nombor dua selepas saya. Jika apa-apa berlaku kepada saya, dialah yang akan menggantikan tempat saya sebagai kakak sulung.
“Kakak Ela (nama panggilan), terima kasih untuk kasih sayang dari kecil kita sama-sama, tak pernah gaduh, tak boleh berpisah. Kalau berpisah sekejap mesti nangis.
“Saya tahu awak wanita kuat walaupun kadangkala awak sedikit beremosi. Jaga diri awak baik-baik dan famili kita. Jadi contoh yang baik untuk adik-adik kita yang lain.
“Tolong jaga ibu serta adik beradik kita, berikan mereka kasih sayang yang melimpah ruah. Semoga Allah sentiasa melindungi awak semua. Sayang kamu Kakak Ela,” tulisnya.




