“Jika Ibu Kandungnya Masih Ada, Sudah Pasti Auratnya Lebih Terjaga” – PU Syed

“Jika Ibu Kandungnya Masih Ada, Sudah Pasti Auratnya Lebih Terjaga” – PU Syed

Pendakwah bebas PU Syed tampil menegur pemakaian anak selebriti yang tidak sesuai sebagai seorang muslimah.

Menerusi hantaran di Instagram, PU Syed meluahkan kebimbangan selepas tular video membabitkan penampilan anak selebriti itu di media sosial.

BACA: “Tiada Rasa Bangga & Megah Dengan Pangkal Nama Syed” – PU Syed

Menurutnya lagi, dia merasakan seandainya ibu kandungnya masih ada pasti dapat menjaga lebih baik dari segi auratnya.

“Ambe yakin jika ibu kandung itu masih ada , sudah pasti dia akan menjaga anak itu dengan lebih baik khasnya dalam urusan auratnya. Melentur buluh biar dari rebungnya,” tulisnya.

Sementara itu, PU Syed turut menitipkan pesanan kepada ibu bapa diluar sana untuk mendidik anak-anak dengan agama di akhir zaman ini.


Scroll to Top