Selepas melalui episod perceraian dengan Bella Astillah, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, 34, meluahkan rasa gembira melihat bekas isterinya terus menjalani hidup dan melangkah ke hadapan.
Sedar dengan kehangatan fenomena BASS di media sosial yang sering mengaitkan Bella dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pelantun lagu Sayang Sayang ini mengambil pendekatan terbuka.
“Jika itu adalah kebahagiaan buat mereka, saya reda dan mendoakan yang terbaik untuk kedua-duanya,” katanya dalam temu ramah bersama Berita Minggu (BM) Singapura
Menurut Aliff, segala yang pernah berlaku dalam hidupnya kini dianggap sebagai masa lalu dan dia lebih selesa memberi fokus kepada dirinya sendiri.
Namun, perkara utama yang menjadi keutamaan baginya adalah kebajikan anak-anak.
“Ayden dan Ara dikerumuni orang-orang yang sayang mereka, insya-Allah. Itu yang pertama saya fikir. Siapa pun di sekeliling mereka, asalkan mereka disayangi dan dilayan dengan baik… Itu sudah memadai,” katanya.
Sebagai seorang ayah, tidak timbul rasa cemburu apabila melihat anak-anaknya bahagia. Sebaliknya, Aliff bersyukur kerana mereka dijaga oleh insan yang menyayangi mereka.
Sumber: Berita Minggu Singapura