Jika tahu rezeki daripada Allah, belajar untuk lepaskan

Jika tahu rezeki daripada Allah, belajar untuk lepaskan

KUALA LUMPUR – Pelakon, Elfira Loy berpendapat Blockout 2024 yang merupakan gerakan boikot harus dilakukan oleh semua pihak termasuk golongan selebriti.

Ibu kepada dua anak itu berkata, tidak sepatutnya juga wujud alasan individu yang mengeluarkan pendapat bahawa rezeki yang diraih menerusin jenama menyokong Zionis adalah rezeki daripada Tuhan.

“Jadi, dengan puak (Zionis) begini ke nak ambil mudah? Terang-terang ini Yahudi dan Allah SWT pun tak suka.

“Kalau Allah tak suka, kenapa kita nak okey kan. Jika tahu rezeki itu datang daripada Allah, belajar untuk lepaskan.

“Percayalah Allah akan beri lebih baik,” katanya dalam Instagram di sini,

Elfira menambah, kelantangan dan tindakannya memboikot pelbagai jenama mula tercetus apabila ada pihak membicarakan hal sama terhadapnya sebelum ini.

“Sekarang tentang boikot pun sudah keliru hendak lakukan atau tidak. Nanti dajjal muncul, tidak tahulah tahap keliru macam mana.

“Sepuluh kali fikir hendak bercakap tentang ini tetapi akhirnya teruskan sahaja.

“Sebab dahulu ada orang cakap begini pada saya dan itu yang membuatkan mula sedar tentang kepentingan boikot,” katanya.

Sejak beberapa hari lalu, wujud kempen Blockout 2024 dalam media sosial bagi memboikot selebriti dunia yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin. – MalaysiaGazette

Scroll to Top