Jimmy, Pei Jing sekali lagi terpaksa berpuas hati selaku naib juara

Jimmy, Pei Jing sekali lagi terpaksa berpuas hati selaku naib juara

ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala: Impian beregu campuran profesional negara, Jimmy Wong-Lai Pei Jing untuk menamatkan badi naib juara musim ini sekali lagi tidak kesampaian selepas tewas di final Masters Korea 2025 di Iksan, Korea Selatan, hari ini.

Pasangan pilihan ketiga itu terpaksa akur selepas tunduk kepada wakil tuan rumah, Kim Jae Hyeon-Jeong Na Eun dengan keputusan 22-24, 18-21 dalam pertarungan sengit yang berlangsung selama 54 minit.

Kekalahan itu menyaksikan Jimmy-Pei Jing terus kempunan gelaran pertama musim ini, meskipun sudah tujuh kali melangkah ke final sejak awal tahun.

Sebelum ini, mereka menempah tiket ke akhir selepas menewaskan satu lagi pasangan Korea Selatan, An Yun Seong-Lee Yu Lim 21-14, 19-21, 21-15 pada aksi separuh akhir semalam.

Kejayaan mara ke final kali ini sepatutnya menjadi peluang terbaik buat pasangan berpengalaman itu menamatkan rentetan kegagalan, namun sekali lagi terpaksa berpuas hati dengan status naib juara.

Untuk rekod, gelaran juara Masters Korea membawa pulang hadiah AS$18,960 (RM90,000) manakala naib juara meraih AS$9,120 (RM43,000).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top