am@hmetro.com.my
Johor Bahru: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meminta bantuan orang ramai bagi mengesan waris kanak-kanak lelaki yang ditinggalkan sendirian dalam kenderaan awam.
Jurucakap JKM berkata, kanak-kanak dikenali Yusoff dianggarkan berusia dua tahun dirujuk kepada pejabat JKM di sini selepas pemeriksaan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 24 Oktober lalu.
Pada masa ini, kanak-kanak itu diletakkan sementara di rumah perlindungan kanak-kanak.
“Sesiapa yang mengenali ibu kandung kepada kanak-kanak boleh menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru atau Pelindung Kanak-Kanak, Muhammad Arif Mohd Tamrin di talian 07-2232606,” katanya menerusi perkongsian di Facebook (FB).
Sebelum ini kanak-kanak itu ditinggalkan di sekitar Plaza Pelangi, di sini tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.
© New Straits Times Press (M) Bhd




