Jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali atau lebih mesra dipanggil Jojo, menarik perhatian netizen apabila dia memuat naik video latihannya bersama ibu, Jennana Johnson.
Dalam video yang dikongsi di TikTok, Jojo kelihatan giat berlatih di sebuah gelanggang, dibantu oleh Jennana yang memegang dua pad kick boxing untuk menerima tendangan anaknya.
Jojo dan ibu, latihan yang penuh semangat…

Jennana tidak sekadar menjadi pemerhati. Beliau turut memberi beberapa tendangan dan tumbukan kepada Jojo sebagai latihan untuk melatih anaknya mengelak serangan musuh.
Jojo, yang jelas bersemangat, menendang pad kick boxing yang dipegang oleh ibunya itu dengan kekuatan penuh.
Tendangan Jojo tinggalkan kesan lebam…

Namun, selepas sesi latihan berakhir, Jojo memeriksa keadaan tangan ibunya dan mendapati tendangan kuatnya telah meninggalkan kesan lebam pada tangan Jennana.
Walaupun begitu, Jennana tetap menunjukkan ketabahan seorang ibu dengan senyuman di wajahnya, beliau menegaskan bahawa kesan lebam itu langsung tidak menyakitkan.
Tak sakit langsung. Kata Jennana sambil memukul kesan lebam tersebut, menunjukkan semangat juang yang kental.
Peminat terhibur dengan kapsyen Jojo… “Berdosa ke saya?”

Apa yang lebih menghiburkan, Jojo sempat bertanya pada ruangan kapsyen sama ada tindakannya menendang ibunya sehingga lebam itu dianggap berdosa.
Berdosa ke kalau macam ni? Jiwa pahlawan memang akan cakap tak sakit.- Tulis Jojo berseloroh.
Kapsyen tersebut ternyata mencuit hati ramai peminat yang menghargai hubungan erat antara Jojo dan ibunya yang turut menjadi teman latihannya.
#OhmediaNasihat
Hubungan ibu dan anak sememangnya istimewa. Walaupun dalam latihan sukan lasak seperti Muay Thai, sokongan seorang ibu seperti Jennana sangat penting dalam membina semangat dan kemahiran Jojo sebagai jaguh negara.
Kadangkala, pengorbanan kecil seperti ini yang membawa kepada kejayaan besar. Buat anak-anak di luar sana, jangan lupa hargai ibu anda, tak kira dalam apa jua situasi!




