Oh! Artis
Jojo Ghazali balas kecaman netizen Malaysia. Katanya, mentaliti negatif rakyat punca negara sukar maju.
Nama peninju muda sensasi, Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo, sekali lagi menjadi sebutan selepas beliau memuat naik luahan panjang lebar menempelak sikap sesetengah netizen Malaysia yang didakwa tidak menyokong perjuangannya.
Dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, Jojo meluahkan rasa kecewa dengan komen-komen negatif yang diterimanya selepas melalui perlawanan yang sukar baru-baru ini.
“Aku malu dengan mentaliti sampah orang aku sendiri”- Johan Ghazali.

Jojo, 18 tahun, menceritakan betapa banyak pengorbanan yang dilakukan demi mengharumkan nama negara, namun masih ada segelintir rakyat Malaysia yang lebih gemar menjatuhkan semangatnya.
Aku umur 18 mengorbankan nyawa aku atas gelanggang demi mengangkat nama negara, pagi tadi aku bangun kaki sakit tak dapat nak jalan, kepala sakit.
Beliau turut menjelaskan segala kos latihan ditanggung sendiri demi memastikan dirinya bersedia untuk setiap perlawanan yang mewakili Malaysia di pentas antarabangsa.
Modal aku sendiri pun keluar nak pastikan preparation aku tip top, tapi untuk apa?
“Malaysia boleh tapi rakyat dengki”- Jojo.

Jojo menyentuh tentang sejarah keluarganya yang banyak berbakti kepada negara. Datuknya merupakan tokoh ternama, manakala bapanya berkhidmat sebagai polis selama 25 tahun.
Namun katanya, sikap sesetengah rakyat yang suka menjatuhkan orang lain menyebabkan bakat-bakat muda tidak mampu pergi jauh.
Masa aku dekat atas bukan main, masa aku jatuh… keluar perangai sebenar rakyat kita.
Walaupun pernah dituduh mengejar glamor, Jojo tegaskan bahawa semua yang dikecapinya kini adalah hasil usaha keras sendiri.
Pssttt! Kadang-kadang yang menjatuhkan kita bukan musuh, tapi orang kita sendiri. Jojo hanya salah satu contoh bagaimana bakat anak muda boleh dihancurkan oleh komen-komen negatif. Daripada mencerca, lebih baik kita beri sokongan kepada mereka yang berjuang demi nama Malaysia. Jangan sampai sikap kita menjadi penghalang kepada kemajuan anak bangsa.
Kredit: Instagram Johan Ghazali
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!