Johan mahu anak-anak hormat isteri – “Kalau mak panggil tak menyahut daripada belakang aku sepak”

Johan mahu anak-anak hormat isteri – “Kalau mak panggil tak menyahut daripada belakang aku sepak”

Penyampai radio dan usahawan terkenal, Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz mengakui dirinya sangat tegas dalam mendidik anak-anak.

Mahu anak hormat isteri

Johan Mahu anak hormat isteri

Screenshot

Menerusi potongan klip video temu bual dalam program realiti Nona, Johan menegaskan agar anak-anak menghormati isterinya, Ozlynn Waty sebagai seorang ibu kerana sudah berkorban nyawa untuk melahirkan.

“Anak aku kalau aku panggil tak menyahut takpa, tapi kalau mak mereka yang panggil kau tak menyahut daripada belakang aku akan sepak.
“Sembilan bulan dia gendong tapi bila mak kau minta tolong tak menyahut tak datang memang akan kena dengan aku,” kata Johan.

Bapa kepada enam cahaya mata itu turut memaklumkan bahawa anak-anaknya tidak dimanjakan dengan harta malah diminta untuk mencari sumber kekayaan sendiri.

“Aku dah bekalkan pendidikan, ilmu, agama dan tiga perkara ini kau keluar cari kekayaan sendiri. Kalau ada yang cakap kau anak orang kaya, kau kena sedar diri yang kau hanya anak kepada orang kaya tapi kau sendiri tidak kaya.
“Saya tidak peduli penerimaan anak contoh kita nak Allah sayang, ikut cara kita atau ikut cara Allah sama juga dengan awak sayang kepada anak. Nak anak sayang kita, kena ikut cara kita bukan ikut cara anak sebab itu kadang ada anak pijak kepala,” tambahnya lagi.

Artikel lain:Tak suka kongsi barang, Johan hantar Sodiq ke rumah anak yatim sebagai pengajaran

Screenshot

Sebelum ini, Johan menegaskan bahawa segala titik peluh dan kekayaan yang dikumpulnya selama ini hanya ditujukan buat isteri tercinta, Ozlynn Waty dan bukan untuk diwariskan kepada anak-anak.

Sehubungan itu, dia memaklumkan dirinya bekerja keras untuk menanggung perbelanjaan mereka ketika ini tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Namun, dia dan isteri sangat menitik beratkan tiga perkara iiatu pendidikan, ilmu dan pelajaran untuk bekalan kesemua anak-anak di masa akan datang tanpa mengharapkan warisan daripada orang tua.

Sumber: TikTok heyluvmichelle, YouTube Nona

Scroll to Top