Kuala Lumpur : Pelawak, pelakon, penyampai radio dan usahawan, Johan memilih untuk bersifat tegas dengan anak-anak agar mereka sentiasa menghormati isterinya iaitu Ozlynn Waty.
Dalam perkongsian menerusi program Nona, Johan, 42, atau pemilik nama Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, mendedahkan dia sangat menitikberatkan nilai adab kepada anak-anaknya.
Menurut bekas peserta Raja Lawak itu, dia mengajar anak-anaknya untuk mengutamakan Ozlynn atau pemilik nama Rozlinawaty Ismail, 44, yang banyak berkorban demi membesarkan mereka.
“Anak aku, aku panggil tak menyahut tak apa. Tapi kalau mak mereka panggil, tak menyahut.. dari belakang aku sepak.
“Sembilan bulan dia gendong kau. Mak kau mintak tolong, kau tak datang..kau memang nak kena dengan aku.” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dan memuji dengan cara didikan Johan mengutamakan ibu mereka selain menyifatkan Johan sebagai bapa contoh.
Johan berkahwin dengan Ozlynn pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan enam cahaya mata.
© New Straits Times Press (M) Bhd




