Johari Ghani bertemu Duta Besar Qatar

Johari Ghani bertemu Duta Besar Qatar

nooratiqah.sulaiman@bh.com.my

Kuala Lumpur: Malaysia dan Qatar komited memperkukuh hubungan ekonomi dua hala dengan memberi tumpuan kepada peningkatan kerjasama dalam perdagangan, pelaburan serta sektor strategik masa hadapan.

Perkara itu dizahirkan menerusi pertemuan antara Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani bersama Duta Besar Qatar ke Malaysia, Salah Mohammed Al-Sorour, dalam satu kunjungan hormat hari ini.

Johari berkata dalam pertemuan berkenaan kedua-dua pihak turut menyentuh kepentingan untuk memperkukuhkan kerjasama sedia ada.

“Ia termasuk membabitkan Jawatankuasa Perdagangan Bersama (JTC), Perjanjian Jaminan Pelaburan (IGA) dan Perniagaan Malaysia-Qatar (MQBC) supaya hubungan dua hala ini dapat diterjemahkan kepada hasil yang lebih bermakna untuk kedua-dua negara,” katanya dalam perkongsian di Facebook nya hari ini.

Menerusi hantaran yang sama, Johari turut berkongsi beberapa gambar pertemuan berkenaan yang diadakan di pejabatnya, di sini.

Dalam pada itu, Johari memaklumkan Malaysia menghargai hubungan baik yang sudah lama terjalin dengan Qatar dan kekal komited untuk memperdalam kerjasama yang lebih berdaya tahan, strategik dan saling menguntungkan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top