amir_hamid@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengucapkan Selamat Hari Raya dan memohon maaf zahir batin kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kepada kakitangan kementerian itu.
Ahli Parlimen Titiwangsa itu dalam hantaran video di media sosial turut mendoakan kepada mereka yang memandu pulang ke kampung halaman, tiba ke destinasi dengan selamat.
“Sempena hari raya ini, ramai yang akan pulang ke kampung. Kepada mereka yang akan memandu pulang ke kampung, saya nasihatkan memandu dengan selamat, semoga sampai ke kampung halaman dan meraikan hari raya ini dengan begitu gembira.
“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf sekiranya ada salah silap saya dalam menerajui Kementerian Perladangan dan Komoditi dan tugas saya sebagai wakil rakyat di Parlimen Titiwangsa.
“Sekali lagi saya ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin,” katanya yang lengkap berbaju biru laut dan bersongkok dalam hantaran video itu, hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




