Johnathan berpeluang sertai RTG?

Johnathan berpeluang sertai RTG?

Johnathan berharap dapat sokongan terbaik untuk meningkatkan prestasi menjelang Sukan Olimpik Paris tahun depan.

KEJAYAAN penembak negara, Johnathan Wong layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 mungkin boleh membantunya untuk disenaraikan dalam Program Road To Gold (RTG) menjelang temasya itu yang berbaki 274 hari lagi.

Atlet berusia 31 tahun itu menempah tiket ke Paris selepas menduduki tempat keempat acara 10 meter (m) air pistol individu lelaki pada Kejohanan Menembak Asia ke-15 di Changwon, Korea Selatan baru-baru ini.

“Itu saya tidak boleh komen, sebab mereka (Jawatankuasa RTG) ada menetapkan kelayakan atau kriteria yang diperlukan bagi seseorang atlet itu dimasukkan dalam program berkenaan.

“Saya cuma harapkan persiapan ke Paris dapat dirancang dengan baik supaya saya dapat pergi dengan prestasi terbaik,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.

Scroll to Top