Jojo tidak bernasib baik tewas kepada Paez

Jojo tidak bernasib baik tewas kepada Paez
Johan Ghazali tewas tipis kepada Paez dalam aksi ONE Fight Night 32 di Bangkok.

Johan Ghazali tewas tipis kepada Paez dalam aksi ONE Fight Night 32 di Bangkok.

JAGUH muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar terpaksa akur tewas kepada petarung Colombia-Amerika Diego Paez dalam aksi ONE Fight Night 32 yang berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand pada Sabtu.

Petarung muda berusia 19 tahun yang lebih dikenali sebagai Jojo itu bagaimanapun mempamerkan aksi penuh semangat dalam pertarungan tiga pusingan kategori flyweight itu sebelum akur dengan keputusan juri yang berpihak kepada Paez.

Pertarungan tersebut menyaksikan seorang daripada tiga juri memberikan kemenangan kepada Johan, namun dua lagi berpihak kepada lawannya, sekali gus menyaksikan wakil Malaysia itu menamatkan aksi dengan kekalahan tipis.

Ia merupakan kekalahan kedua berturut-turut buat Johan selepas tunduk kepada seorang lagi petarung Colombia, Johan Estupinan, pada aksi Januari lalu.

Untuk rekod, Johan telah mencatatkan enam kemenangan dan tiga kekalahan sejak menyertai One Championship.

Sementara itu, kemenangan ini menjadi yang pertama buat Paez dalam ONE Championship selepas tewas kepada Sean Climaco dari Amerika Syarikat dalam ONE Fight Night 28, Februari lalu.

Scroll to Top