
Kejayaan Jojo dikongsi menerusi laman sosial ONE Championship. – Foto: FB ONE Championship
BINTANG muda muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali menutup tirai musim 2023 dengan cemerlang apabila dinobat sebagai Bintang Baharu Paling Menyerlah 2023 oleh ONE Championship.
Petinju berusia 17 tahun itu dijulang dengan gelaran tersebut setelah memperagakan aksi luar biasa sepanjang pertarungan musim ini.
Perkhabaran gembira buat Johan yang terkenal dengan gelaran Jojo itu dikongsi laman sosial ONE Championship pada Jumaat.
“Tahun 2023 sangat besar buat Johan Ghazali yang berusia 17 tahun.
“Masa depan sangat cerah untuk sensasi muay thai ini,” tulis kenyataan itu menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.



