Kalau korang plan nak datang memeriahkan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2025, tak payah pening dah nak fikir parking, minyak kereta atau jammed sebab tahun ni ada bas PERCUMA terus ke lokasi utama di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang!

Ya, betul apa yang korang baca ni! Prasarana Malaysia Berhad dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara, bagi green light untuk sediakan 7 buah bas Rapid Penang khas untuk korang yang nak turun support minggu penuh warna ni.
Untuk memudahkan korang yang nak datang ke Sambutan Minggu Perpaduan 2025 ni, ada dua laluan utama yang disediakan khas oleh Rapid Penang. Semuanya percuma, tinggal naik je!

Laluan pertama bermula dari Tapak Pesta Sungai Nibong terus ke Stadium Batu Kawan. Servis ni akan beroperasi dari hari Khamis hingga Sabtu (17 hingga 19 Julai 2025), bermula seawal jam 9 pagi sampai 10.30 malam. Untuk hari Ahad pulak (20 Julai), bas akan bergerak dari pukul 9 pagi hingga 6.30 petang. Paling best, frekuensi bas ni konsisten setiap 60 minit, so memang senang nak plan timing.

Satu lagi laluan pula akan bermula dari dua lokasi pick-up iaitu Blanket Hotel Seberang Jaya dan juga Bank Rakyat Perda, menuju ke destinasi yang sama ke Stadium Batu Kawan. Laluan ni pun beroperasi selama empat hari sepanjang sambutan, dari 9 pagi hingga 10.45 malam pada 17 hingga 19 Julai, dan dari 9 pagi hingga 6.45 petang pada 20 Julai. Sama juga, bas datang setiap 60 minit, so korang boleh chill sambil tunggu.
Tak kisah korang duduk belah pulau ke, atau belah seberang, dua-dua laluan ni memang cover kawasan utama dan terus sampai ke lokasi event. Dah tak ada alasan nak skip event ni. Naik bas, sampai terus depan stadium, enjoy!
Jangan Risau Tersesat – Semua Dah Siap Tersusun
Bas akan berhenti direct dekat Stadium Batu Kawan. Ada laluan khas untuk bas, jadi korang takkan sangkut dengan kereta-kereta lain. Signage pun clear, pick-up/drop-off point semua dah ready. Tinggal naik, duduk & sampai!
Jangan Lupa, Event Ni Banyak Gila Aktiviti Best!
Dari pameran budaya, persembahan artis, ke gerai makanan & aktiviti keluarga. Minggu Perpaduan ni memang wajib hadir. Kalau korang duduk area Penang dan kawasan berdekatan, tak ada alasan dah nak skip, kan bas pun free tu!
Dalam dunia yang makin laju ni, apa-apa yang percuma dan memudahkan WAJIB rebut. Jadi pack beg, ajak member, naik bas dan turun Batu Kawan. Let’s celebrate #PerpaduanTanpaBatasan sama-sama! Jumpa di sana!