Jordan belasah Harimau Malaya, 4-0

Jordan belasah Harimau Malaya, 4-0

Pemain Malaysia Arif Aiman Hanapi diasak pemain Jordan Salem Al Ajalin pada perlawanan di antara Malaysia menentang Jordan bagi peringkat Kumpulan E sempena Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub hari ini.- Foto: Bernama

HASRAT skuad negara untuk memulakan kempen Piala Asia dengan keputusan positif tidak kesampaian apabila tunduk kepada Jordan 0-4 dalam aksi pembukaan Kumpulan E di Stadium Al-Janoub pada awal pagi Selasa.

Harimau Malaya tampak bergelut untuk menyesuaikan diri dalam penampilan pertama mereka secara merit sejak 43 tahun di pentas tertinggi Asia itu dengan beberapa gerakan yang mahu direncanakan mudah digagalkan pasukan Jordan yang berada di ranking ke-87 dunia.

Sebaliknya, skuad The Chivalrous Ones jelas selesa mendominasi perlawanan melalui serangan balas pantas untuk mendahului tiga gol dalam tempoh 45 minit pertama perlawanan.

Jordan membuka tirai jaringan menerusi gol jarak jauh Mahmoud Almardi pada minit ke-12 yang gagal diselamatkan Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

Scroll to Top