
Antara aksi pemain Jordan dan Korea Selatan dalam aksi Kumpulan E pada Sabtu. Foto AFP
KOREA Selatan bangkit daripada ketinggalan untuk seri 2-2 dengan Jordan dalam aksi Kumpulan E Piala Asia di Stadium Al Thumama, pada Sabtu.
Sehari selepas Iraq menewaskan pasukan pilihan kejohanan Jepun, Jordan kelihatan bakal mencipta kemenangan sensasi di Doha selepas gol sendiri Park Yong-woo dan jaringan Yazan Al-Naimat pada separuh masa pertama membatalkan sepakan penalti Son Heung-min pada minit kesembilan.
Tetapi, Yazan Al-Arab tertolak masuk bola ke gawangnya sendiri pada masa kecederaan penghujung permainan untuk membolehkan kedua-dua pasukan berpuas hati dengan satu mata.
Pasukan Korea kendalian Jurgen Klinsmann menewaskan Bahrain 3-1 dalam perlawanan pembukaan mereka dan akan menentang Malaysia dalam perlawanan terakhir kumpulan pada Khamis.



