Siapa yang tak kenal dengan pasangan selebriti Johan dan Ozlynn, kan? Kehidupan mereka sering menjadi perhatian netizen, terutama cara mereka mendidik anak-anak.
Terbaru, Ozlynn menerusi TikTok berkongsi momen suaminya menegur pembantu rumah supaya mengutamakan solat dan mengaji berbanding kerja.
Utamakan solat dan mengaji, jangan leka dengan kerja!
@jozlynnhanania_ Dia bebel kat helper.. kerja2.. Quran jangan lupa.. x kan setiap masa sya dgn maam nak ingatkan.. bila sya panggil semua jemaah harus tinggalkan semua kerja yg kamu tgh buat.. Solat dulu.. bila sya cakap semua mengaji makna berhenti setiap kerja dan mengaji.. kalau kamu x sempat nak mengaji sama tlg carik ruang.. sya xnak di akhirat nnt kamu bilang sibuk kerja dgn sya smp x sempat solat dan mengaji quran.. sya x mahu di tuntut ESOK.. kalau mengaji x paham makna tanya maam.. kalau maam x tahu baru maam akan tanya sya.. haaaaa gitu la kalau dia nasihat semua helper dia.. boss yg paling susah nak marah.. tp kalau dia marah pasti satu umah gerun.. akan ingat la gegaran hamukan dia.. satu taman boleh tau dia naik hantu.. 😂😂 tu la moment dgn helper.. aku boleh ckp dia boss yg baik #johanania #familyhanania #johanohjohan #helper
Johan tidak mahu pembantu leka dengan kerja sehingga mengabaikan kewajipan utama sebagai Muslim. Menurutnya, solat perlu diutamakan sebelum melakukan sebarang tugasan harian.
Quran jangan lupa… takkan setiap masa saya dengan maam nak ingatkan. Bila saya panggil semua jemaah, harus tinggalkan semua kerja yang kamu tengah buat. Solat dulu.
Tambahnya lagi, dia juga mahu semua orang di rumah termasuk pembantu mencari ruang untuk mengaji kerana dia tidak mahu dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.
Bila saya cakap semua mengaji makna berhenti setiap kerja dan mengaji. Kalau kamu tak sempat nak mengaji sama tolong cari ruang. Saya tak nak di akhirat nanti kamu bilang sibuk kerja dengan saya sampai tak sempat solat dan mengaji Quran. Saya tak mahu dituntut esok.
Bila Johan marah, satu rumah gerun!

Ozlynn juga mendedahkan sisi lain suaminya, Johan. Menurutnya, Johan jarang marah tetapi apabila berang, seluruh rumah boleh rasa gegaran ketegasannya.
Ozlynn mengakui bahawa Johan adalah seorang majikan yang baik dan sangat mengambil berat tentang pekerja di rumah mereka.
#ApaKataOhmedia
Bagusnya bos macam Johan dan Ozlynn ni! Ini boleh dijadikan pengajaran supaya mementingkan ibadah berbanding kerja. Curi masa 10 minit untuk solat dan mengaji tak rugi pun kan?





