JPN kumpul maklumat 34 murid, pelajar ditahan rentas sempadan di Rantau Panjang

JPN kumpul maklumat 34 murid, pelajar ditahan rentas sempadan di Rantau Panjang

nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan mengesahkan 34 murid dan pelajar sekolah dari Rantau Panjang ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika melakukan rentas sempadan pagi tadi

JPN ketika dihubungi berkata, pihaknya kini sedang mendapatkan maklumat lanjut berhubung murid dan pelajar berkenaan.

“Kita sedang kumpul maklumat semua 34 murid dan pelajar daripada sekolah mana,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Terdahulu media melaporkan, seramai 34 pelajar dan murid sekolah ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas dikesan menyeberangi Sungai Golok menggunakan pangkalan haram di Rantau Panjang untuk ke sekolah di sini, pagi tadi.

Kesemua mereka berusia tujuh hingga 16 tahun ditahan jam 6.30 pagi.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain, dilaporkan berkata kesemua mereka termasuk 12 perempuan itu dikesan menyeberangi Sungai Golok melalui pangkalan haram Jambu di sini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top