Jual ‘Sejadah Doa Makbul’ , netizen tuduh Dato’ Seri Vida guna agama untuk marketing?

Usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida sememangnya menjadikan media sosial sebagai salah satu platform untuk menjalankan perniagaannya.

Kali ini, beliau telah mempromosikan sejadah keluaran sendiri dengan menamakan sejadah itu sebagai ‘Sejadah Makbul Doa’ yang diinspirasikan daripada kerinduannya terhadap Kaabah, Hajarul Aswad serta Tanah Suci Mekah.

Walau bagaimanapun, nama sejadah keluaran Dato Vida telah mendapat kritikan daripada netizen susulan memberi persepsi yang dianggap kurang baik kerana merasakan tindakan tersebut sebagai salah satu ‘marketing’ menggunakan agama.

Pengguna Twitter dikenali sebagai @H_Bakkaniy memuat naik persoalan di media sosialnya dengan mempertanyakan nama sejadah tersebut kerana tiada jaminan atau dakwaan sejadah ‘khas’ untuk memakbulkan sesuatu doa.

Jika ada yang mempercayai perkara berkenaan, tindakan tersebut boleh dianggap khurafat.

 

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet mengandaikan bahawa pihak beliau sengaja memberi nama ‘Sejadah Doa Makbul’ bagi menarik perhatian netizen dan sekaligus menjadi ‘marketing’ percuma untuknya.

Namun begitu, ramai juga yang menuduh usahawan tersebut sebagai ‘penunggang agama’ kerana mengelirukan pembeli susulan penggunaan nama yang dianggap tidak bersesuaian disebabkan boleh mengundang salah faham.

Walau bagaimanapun, belum ada sebarang maklum balas daripada Dato’ Seri Vida susulan dakwaan tersebut dan beliau masih lagi seperti biasa mempromosikan jualan sejadah yang baru diperkenalkan.

Sumber: Instagram datoserivida, Twitter @H_Bakkaniy