Jualan Tiket Tak Dapat Sambutan, Penganjur Batalkan Konsert Sulung Aisha Retno Malam Sutera

Jualan Tiket Tak Dapat Sambutan, Penganjur Batalkan Konsert Sulung Aisha Retno Malam Sutera

Penganjur konsert, Kharisma Music International membatalkan konsert sulung penyanyi, Aisha Retno Malam Sutera yang sepatutnya berlangsung pada 16 November ini.

Berdasarkan kenyataan rasmi yang dimuat naik di Instagram (IG), Kharima menjelaskan punca pembatalan konsert tersebut adalah kerana penjualan tiket yang kurang dan tidak dapat sambutan ramai.

“Sukacita kami maklumkan bahawa Konsert Aisha Retno Malam Sutera yang dijadualkan berlangsung pada 16 November 2024 di Zepp KL dibatalkan atas sebab kekurangan jual tiket.

“Pihak pengurusan artis juga membuat keputusan untuk tidak menunda konsert berkenaan,” katanya.

Difahamkan, proses pemulangan wang kepada peminat yang sudah membeli tiket akan mengambil masa dalam tujuh hingga 14 hari bekerja.

Sementara itu, meninjau ke ruangan IG, Aisha memohon ruang dan masa sebelum memberi penjelasan berhubung pembatalan konsert sulugnya itu.

“Jalan terus walaupun sakit. Nanti saya ceritakan semuanya ya, sayang semua,” katanya.

Scroll to Top