Julina Ketua Pengarah Japen yang baharu

Julina Ketua Pengarah Japen yang baharu

KUALA LUMPUR – Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah  Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pemegang Ijazah Sarjana Komunikasi Korporat daripada Universiti Putra Malaysia ini mempunyai pengalaman luas dalam bidang perhubungan awam kerajaan dan komunikasi strategik, telah memulakan karier sebagai penjawat awam pada tahun 1996.

Beliau merupakan Ketua Pengarah ke-19 dan wanita kedua yang dilantik menerajui Japen sejak penubuhannya pada tahun 1945.

Julina, 53, sebelum ini telah menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital), Japen pada tahun 2023, pernah berkhidmat di beberapa Kementerian seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Kewangan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri dan lain-lain lagi. – MalaysiaGazette