Jumlah mangsa banjir di Melaka menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Melaka: Jumlah mangsa banjir di Melaka menurun kepada 162 orang dari 40 keluarga setakat jam 8 malam hari ini, berbanding 199 mangsa dari 48 keluarga pagi ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Melaka (APM), Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata, setakat ini dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di daerah Jasin, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel dengan 91 mangsa dari 23 keluarga dan SK Parit Gantong dengan 65 mangsa dari 16 keluarga.

“Satu pusat di Alor Gajah masih beroperasi, iaitu SK Durian Tunggal tetapi hanya ada satu keluarga, dengan enam mangsa di sana,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Effendy, yang juga ketua sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, berkata banjir di Melaka melibatkan enam kawasan, iaitu Kampung Tehel dan Kampung Parit Gantong di Jasin serta Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Pulau dan Kampung Belimbing di Alor Gajah. – BERNAMA