Jumpa barang kemas, duit di tempat pembuangan sampah, apa perlu dibuat?

Jumpa barang kemas, duit di tempat pembuangan sampah, apa perlu dibuat?

KADANGKALA ketika kita membuang sampah, terlihat pula barangan seperti rak atau perabot yang masih boleh digunakan dibuang di sana.

Situasi tersebut adakalanya digunakan oleh sesetengah orang untuk mengambilnya dan digunakan di rumah masing-masing.

Persoalannya, sekiranya terjumpa barang kemas atau duit di dalam tong sampah atau tempat pembuangan sampah, apakah ia juga boleh diambil?

USTAZ AZHAR

USTAZ AZHAR

Menjawab persoalan tersebut, pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, mengambil barang kemas seperti cincin, rantai dan gelang emas atau wang yang dijumpai di tempat pembuangan sampah, hukumnya adalah sama dengan mengambil barang kemas atau wang yang dijumpai di dalam tong sampah kecil yang diletakkan di hadapan rumah.

“Kebiasaannya di bandar, tong sampah kecil disediakan di hadapan rumah dan lori sampah akan datang dan pekerja pembersihan akan mengutip sampah tersebut.

“Dalam hukum fiqh Islam, kalau kita angkat sampah dalam tong sampah dan terjumpa barangan kemas atau duit iaitu barang berharga pada adatnya ia tidak dibuang, maka kita tidak boleh mengambilnya (barang tersebut),” jelasnya di YouTube pada Isnin.

Menurutnya, apabila tidak boleh mengambil barang kemas atau duit dalam tong sampah, maka tempat pembuangan sampah yang besar pun adalah sama hukumnya.

KADANGKALA kita menjumpai barangan berharga ketika membuang sampah di tempat pembuangan sampah.

KADANGKALA kita menjumpai barangan berharga ketika membuang sampah di tempat pembuangan sampah.

Apakah cara yang sepatutnya dilakukan?, soal Ustaz Azhar.

Beliau menjawab, hendaklah kita mengumumkan penemuan tersebut agar pemilik harta tersebut datang mengambilnya.

Tambahnya lagi, ini kerana secara adatnya manusia tidak akan membuang barang berharga atau wang ke dalam tong sampah.

“Jika kita terjumpa dalam tong sampah (barang kemas atau duit), ia terbuang atau sengaja buang? Jawabnya, ia terbuang (tidak sengaja dibuang),” hurainya.

KEBIASAANNYA di bandar, pekerja pembersihan akan mengambil sampah yang diletakkan di dalam tong sampah kecil di hadapan rumah.

KEBIASAANNYA di bandar, pekerja pembersihan akan mengambil sampah yang diletakkan di dalam tong sampah kecil di hadapan rumah.

Ustaz Azhar kemudiannya merujuk kepada hadis diriwayatkan Ubay bin Kaab RA, beliau berkata: “Saya menemui satu uncang yang berisi seratus dinar dan saya pergi menemui Nabi SAW.

“Lalu Baginda bersabda: ‘Umumkan tentangnya selama setahun’. Lantas saya pun umumkan selama setahun.

“Namun tiada siapa yang mengenalinya, kemudian saya pergi menemui Baginda lagi. Baginda bersabda: ‘Umumkanlah selama setahun. Sehingga tuannya datang. Jika tiada yang datang kamu gunalah.’

“Lalu saya pun menggunakannya.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Scroll to Top