Jumpa keluarga & mangsa dera, Caprice niat nak ‘bagi salam’ ke madrasah

Jumpa keluarga & mangsa dera, Caprice niat nak ‘bagi salam’ ke madrasah

Isu sebuah madrasah yang dikatakan mendera penghuninya ala militan telah menjadi perbualan hangat di media sosial setelah salah seorang ahli keluarga mangsa mendedahkannya di laman sosial.

Dalam pada itu, pihak berkuasa juga telah melakukan siasatan ke atas madrasah tersebut yang dimaklumkan terletak di Jalan Kebun, Shah Alam.

Susulan daripada itu, selebriti terkenal Caprice ada meluahkan hasrat mahu memberikan bantuan kepada mereka dan berharap supaya ahli keluarga mangsa dapat menghubungi bagi memberikan sedikit butiran atau berbincang untuk tindakan selanjutnya.

Dalam posting terbaru pemilik nama sebenar Ariz Ramli, dia telah berkongsi video pertemuan dengan keluarga mangsa yang mendedahkan sisi gelap madrasah tersebut.

Menurutnya, jika tiada aral melintang malam itu juga dia mahu memberi ‘salam’ ke madrasah tersebut bagi berbincang mengenai hal terbabit kerana melihat ia sebagai satu tindakan yang keterlaluan.

Walau bagaimanapun, dia percaya bahawa niat madrasah tersebut baik dalam mendidik para penghuninya dan keluarga yang menghantar anak-anak mereka ke juga berfikiran positif supaya anak-anak mereka dapat mendekatkan diri kepada Islam.

Tambahnya, dia yang bersetuju bahawa manusia sememangnya tidak sempurna berharap agar masalah ini menemui perdamaian.

Perkongsian yang dibuat oleh Caprice itu telah mendapat komen yang pelbagai daripada warganet. Kebanyakan mereka menyokong tindakan Caprice dalam membantu mendedahkan isu kejam ini bagi memastikan nasib mangsa terbela.

Mereka juga telah mendoakan agar jihad yang dilakukan dipermudah dan segala yang terjadi segera diselesaikan lebih-lebih lagi ia sudah pun menjadi kes polis.

 

 

 

 

Setakat ini, pihak berkuasa telah menjalankan tugas dengan baik dan setiap apa tindakan yang dilakukan perlulah dinyatakan kepada mereka supaya tindakan tersebut tidak menggangu urusan siasatan.

Sumber: Instagram capricedaddycap

Scroll to Top