“Jumpa2 terus pegang tangan..” – Teguran amoi buat geng ‘couple’ sentap?

“Jumpa2 terus pegang tangan..” – Teguran amoi buat geng ‘couple’ sentap?

Zaman sekarang ni, segelintir pasangan bercinta sudah kurang rasa sifat malunya. Kalau boleh, semua benda mahu ditayang termasuk perkara haram seperti berpelukan atau berpegangan tangan.

Seolah-olah bingung dengan trend berkenaan, seorang gadis dipercayai berbangsa Cina ini mempersoalkan perbuatan bebas itu terutama kepada golongan lelaki yang beragama Islam.

@yyan02_

Mohon terasa. #tiktokmalaysia #fypシ

♬ original sound – apolinariotwins – apolinariotwins

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, @yyan02_ menghasilkan reaksi wajah ‘terkejut’ dengan memberikan contoh situasi apabila seorang lelaki bertindak memegang tangan bukan mahram.

“Dekat IC (kad pengenalan), lelaki Islam. Tapi jumpa-jumpa terus pegang tangan. Susah sangat ke nak hormat wanita?,” tulisnya menerusi video berdurasi tujuh saat itu.

Menurut @yyan02_, teguran itu ada bersifat terbuka selain mengakui bukan mahu memihak kepada wanita sahaja namun golongan tersebut sering menjadi mangsa keadaan sehingga berlaku gangguan seksual.

Meninjau ke ruangan komen, warganet memberikan pelbagai reaksi berhubung teguran itu dimana rata-rata menyifatkan ia ‘setepek’ terkena kepada golongan lelaki ‘gatal’ yang tidak mengambil kisah soal hukum agama.

Sumber: TikTok @yyan02_ 

Scroll to Top