Jun Hao berdepan Shi Feng di suku akhir

Jun Hao berdepan Shi Feng di suku akhir

aida_adilah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao meneruskan rentak cemerlang di Terbuka Hong Kong apabila mara ke suku akhir selepas menewaskan rakan senegara, Justin Hoh sebentar tadi.

Dalam pertarungan sesama pemain negara itu, Jun Hao terpaksa berhempas pulas sebelum mencatat kemenangan 21-11, 15-21, 21-18 dalam tempoh 66 minit.

Kejayaan itu menyaksikan rekod pertemuan antara kedua-dua pemain itu kini seimbang 2-2.

Bagaimanapun, jalan sukar menanti Jun Hao di suku akhir apabila dijadual berdepan pilihan kedua kejohanan yang juga pemain nombor empat dunia dari China, Li Shi Feng.

Shi Feng sebelum itu mara selepas mudah menyingkirkan wakil Jepun, Koki Watanabe 21-12, 21-19.

Sehingga kini, rekod pertemuan antara Jun Hao dan Shi Feng jelas memihak kepada bintang China itu yang menang lima daripada enam perlawanan.

Kali terakhir mereka bertemu di Terbuka Indonesia Jun lalu menyaksikan Shi Feng menundukkan Jun Hao dalam pertarungan straight set.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top