Jun Hao ‘bungkus’ awal Kejohanan Badminton Asia

Jun Hao ‘bungkus’ awal Kejohanan Badminton Asia
Jun Hao ‘bungkus’ awal Kejohanan Badminton Asia

Jun Hao tunduk kepada wakil Indonesia, Jonatan Christie di pusingan pertama BAC 2026. – Foto: Agensi

PERSEORANGAN lelaki negara, Leong Jun Hao terpaksa menamatkan kemaraan seawal pusingan pertama pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) selepas tewas kepada pemain pilihan ketiga dari Indonesia, Jonatan Christie di Pusat Sukan Olimpik Ningbo, China, hari ini.

Jun Hao bermula positif apabila menguasai permainan pada awal set pertama, namun rentak permainannya mula goyah di pertengahan saingan ketika Jonatan meningkatkan intensiti untuk menguasai perlawanan sebelum menang 21-13.

Memasuki set kedua, laluan semakin berliku buat pemain negara itu apabila gagal menyaingi konsistensi lawan.

Dia tidak pernah mendahului sejak awal permainan dan akhirnya akur tewas 8-21 dalam tempoh 36 minit.

Rekod pertemuan lalu menunjukkan Jun Hao pernah mencipta kejutan menewaskan Jonatan, namun prestasi semasanya dilihat kurang konsisten.

Malah, dia juga tewas kepada pemain sama semasa Terbuka Malaysia pada Januari lalu.

Kekalahan ini turut menyaksikan Jun Hao mencatat penyingkiran pusingan pertama buat kali ketiga musim ini selepas mengalami nasib sama di Terbuka India Open dan Terbuka Jerman.

Setakat musim ini, pencapaian terbaiknya dalam saingan Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) adalah mara ke pusingan kedua dalam dua lagi kejohanan yang disertainya.

Scroll to Top