Jun Hao malukan Jonatan depan penyokong sendiri

Jun Hao malukan Jonatan depan penyokong sendiri

sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao meneruskan prestasi terbaiknya apabila menjadikan pemain tuan rumah, Jonatan Christie sebagai mangsa seterusnya di pusingan pertama Terbuka Indonesia, sebentar tadi.

Namun begitu, itu bukan lawan mudah buat Jun Hao apabila dia terpaksa bertarung tiga set sebelum mengesahkan kemenangan 21-13, 16-21, 21-12 dalam masa 62 minit permainan.

Dalam pertemuan itu, wakil negara itu ternyata berada di momentum terbaiknya apabila memulakan perlawanan dengan begitu meyakinkan untuk menang set pertama dan hampir menamatkan permainan dengan straight set sahaja namun Jonatan bangkit di pertengahan set kedua untuk bawa ke set penentuan.

Sekali lagi, Jun Hao tidak tidak banyak melakukan kesilapan sekali gus terus mendahului permainan dari awal sehingga memenangi perlawanan itu untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

Untuk rekod, ini adalah pertemuan pertama mereka dan ia sama sekali tidak menggentarkan pemain negara itu meskipun berhadapan dengan pemain nombor tiga dunia dan juga pilihan ketiga kejohanan.

Pusingan kedua esok, Jun Hao akan bertemu pemain Taiwan sama ada Chou Tien Chen atau Lin Chun-Yi.

Sebelum ini, ketika di Terbuka Singapura, dia turut mengejutkan pemain ranking ketujuh dunia, Anthony Sinisuka Ginting di pusingan kedua dengan kemenangan 21-14, 10-21, 21-8.

Sebelum ini, ketika di Terbuka Singapura, dia turut mengejutkan pemain ranking ketujuh dunia, Anthony Sinisuka Ginting di pusingan kedua dengan kemenangan 21-14, 10-21, 21-8.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top