
NAYPYITAW: Pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi menerima bayaran haram berjumlah AS$600,000 dan emas ketika berada dalam kerajaan, kata jurucakap junta sambil menambah maklumat itu sudah disahkan dan ramai yang sedang disoal siasat.
Brigadier Jeneral Zaw Min Tun berkata, Presiden Win Myint, dan beberapa menteri Kabinet, turut terbabit dalam rasuah serta beliau memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya supaya tidak bertindak terhadap laporan tentera mengenai penyelewengan.
Dakwaan itu paling berat yang dibuat tentera sejak ia menggulingkan pemimpin tertinggi negara itu 1 Feb lalu.
Mereka kini masih diletakkan di bawah tahanan rumah.