Juri Gagal Tahan Sebak, Peserta Uji Bakat Calpis Soda OIAM Ini Tanam Hasrat Mahu Hadiahkan Ibu Kaki Palsu

Juri Gagal Tahan Sebak, Peserta Uji Bakat Calpis Soda OIAM Ini Tanam Hasrat Mahu Hadiahkan Ibu Kaki Palsu

Kehadiran peserta ujibakat bagi program nyanyian terbesar, Calpis Soda One In A Million (OIAM) ini ternyata mencuri perhatian juri.

Mana tidaknya, pemuda berusia 37 tahun yang dikenali sebagai Syamsyul Anuar Ismail yang berasal dari Sungai Petani, Kedah ini meluahkan hasratnya untuk memberikan hadiah berupa kaki palsu buat ibunya sekiranya berjaya memenangi hadiah bernilai RM1 juta.

Kata Syamsul yang juga bekas peserta Mentor musim kelima ini, dia tidak berputus asa mencari rezeki dan mencari peluang untuk menghadiahkan kaki palsu agar ibunya dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa.

“Hasrat saya adalah untuk mengubah hidup insan syurga ini, memberikan beliau kebahagiaan dan keselesaan yang selayaknya, kerana bagi saya, pengorbanan beliau selama ini tiada tandingannya.

Kaki palsu itu bernilai hingga RM20,000. Saya sudah membuat kajian dan mendapati ini adalah pilihan yang terbaik dari segi kualiti untuk ibu saya. Dengan sokongan kaki palsu ini, saya berharap dapat membantu beliau berjalan kembali dengan lebih selesa dan yakin. Ini bukan sekadar alat bantu, tetapi satu usaha untuk memulihkan kebebasan ibu saya, membolehkan beliau menjalani kehidupan dengan lebih baik selepas segala pengorbanan yang dilalui,” katanya.

Mengulas lanjut, Syamsul juga memaklumkan, sebelum ini dia pernah berazam untuk menyertai program  Mentor Legend.

Namun, nasib tidak menyebelahinya apabila terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan pehanya patah sewaktu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Masih tidak terlambat bagi warga Sabah dan Pulang Pinang untuk mencuba nasib merebut hadiah RM1 juta Calpis Soda OIAM!

Cepat-cepat hadir ke uji bakat di Aras 5, Sabah International Convention Centre (SICC) dan Hotel Atrium, Sunshine Central Penang, Pulau Pinang dari jam 10 pagi hingga 10 malam, hari ini (10 November).

Tak berkesempatan? Hadir ke uji bakat Calpis Soda One In A Million yang ketiga di AEON Hall Aras 4, AEON Mall Shah Alam dan Blok D, Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya pada 16 dan 17 November 2024 (Sabtu dan Ahad), dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

OIAM membuka pintu kepada semua bakat Malaysia, Singapura, Brunei atau negara lain, yang berusia 15 tahun ke atas secara solo, duo atau berkumpulan.

Peserta berminat hanya perlu membawa minus one sendiri (MP3) lagu pilihan masing-masing selain gambar berukuran pasport dan 4R.

Namun jika tidak berkesempatan menyertai sesi uji bakat secara bersemuka, peserta berminat boleh menyertai uji bakat secara dalam talian bermula pada 1 hingga 17 November ini.

Peserta hanya perlu memuat naik video nyanyian mereka berdurasi seminit di TikTok dengan hashtag rasmi #CalpisOIAMTV3 dan #SegarRasaSodapSuara.

Scroll to Top