Jurugambar Tolak Pengantin Jatuh Parit Beri Penjelasan | Oh! Media

Jurugambar Tolak Pengantin Jatuh Parit Beri Penjelasan | Oh! Media

Beberapa hari lalu, Ohmedia ada kongsikan satu artikel tentang video yang memaparkan seorang jurugambar menolak pengantin lelaki berpakaian songket ke dalam parit.

Perbuatan itu mencetuskan kemarahan netizen, lebih-lebih lagi apabila pakaian songket tersebut dikatakan tidak boleh terkena air.

Namun, di sebalik kecaman yang tidak henti-henti, jurugambar berkenaan tampil memberikan penjelasan dan memohon maaf secara terbuka.

“Saya dah minta maaf…”- Jurugambar.

BACA: Pengantin Ditolak Ke Parit Ketika Sesi Fotografi, Pemilik Butik Luah Kecewa Baju Rosak

Jurugambar tersebut menjelaskan bahawa dia sudah memohon maaf kepada pemilik butik serta berjanji untuk bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Bagaimanapun, permohonan maaf itu nampaknya masih belum cukup untuk meredakan kemarahan netizen.

Saya dah minta maaf dan saya akan bertanggungjawab, tapi tolong hentikan kecaman yang melampau.- Ujarnya dengan nada kesal.

Tidak cukup dengan kecaman, jurugambar itu juga mendakwa dia menerima ugutan bunuh daripada individu yang tidak dikenali.

Apa motif sampai nak ugut bunuh? Saya tak lari, ada je. Benda ni saya pun tak jangka dan tak planning.- Katanya.

Walaupun berdepan tekanan hebat, dia tetap memilih untuk tidak melarikan diri dan ingin menyelesaikan perkara ini dengan baik.

Jurugambar itu turut menjelaskan bahawa isu ini hanya melibatkan dirinya, pengantin, dan pemilik butik. Dia meminta orang ramai untuk tidak memperbesar-besarkan perkara ini sehingga menjadi lebih tegang.

#OhmediaNasihat

Setiap kesilapan pasti ada ruang untuk diperbaiki. Kecaman dan ugutan tidak akan menyelesaikan masalah, malah hanya menambah tekanan kepada semua pihak. Kalau kita berada di tempat individu itu, mampukah kita hadap perkara yang sama? Sentiasa cuba memahami dan memberi peluang kedua.


Scroll to Top