Jurugambar Wanita Dedah Anggota Polis Lakukan Isyarat Lucah Ketika Bertugas | Oh! Media

Jurugambar Wanita Dedah Anggota Polis Lakukan Isyarat Lucah Ketika Bertugas | Oh! Media

Seorang anggota polis yang lengkap berseragam didakwa melakukan isyarat lucah ketika bertugas mengawal satu protes mengenai hak asasi manusia di Kuala Lumpur pada Jumaat lepas.

Perkara ini didedahkan oleh seorang jurugambar wanita yang membuat liputan di lokasi kejadian.

Wanita itu mendakwa, anggota polis terbabit cuba menarik perhatiannya dari jauh dengan membuat isyarat tangan yang berbaur lucah, dipercayai menjurus ke arah seks oral.

Perbuatan itu bukan sahaja dilakukan beberapa kali, malah disaksikan rakan setugas anggota tersebut, yang menurut wanita itu, hanya mampu ketawa.

Saya pasti dia tujukan kepada saya kerana ketika itu saya sedang berdiri seorang diri di tangga jejantas.

Saya sempat menangkap gambar isyarat tersebut menggunakan kamera.- Katanya menerusi hantaran di Instagram.

Ada dakwaan lain terhadap anggota sama

Pendedahan ini turut mengundang netizen untuk berkongsi pengalaman mereka. Salah seorang daripada mereka mendakwa pernah berurusan dengan anggota polis yang sama ketika membuat laporan gangguan seksual.

Saya buat laporan di balai dan anggota polis ini yang pegang kes saya. Sepanjang siasatan, dia sering telefon untuk tanya soalan yang tidak senonoh, seperti saiz payudara dan warna pakaian dalam. Akhirnya, saya tarik balik laporan kerana takut.- Tulis pelayar tersebut di ruangan komen.

Wanita jurugambar itu kini sedang mempertimbangkan untuk membuat laporan polis. Menurutnya, perbuatan sebegini tidak wajar dibiarkan dan harus disedarkan kepada masyarakat.

#OhmediaNasihat

Kejadian ini membuktikan bahawa gangguan seksual boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan boleh datang daripada sesiapa sahaja, termasuk mereka yang sepatutnya melindungi kita.

Apapun, Ohmedia nasihatkan untuk mangsa gangguan seksual tampil membuat laporan polis bagi mendapatkan perlindungan. Jika boleh, pergi dengan kenalan semasa membuat laporan.


Scroll to Top