Jurulatih Australia tabik skuad Sang Garuda

Jurulatih Australia tabik skuad Sang Garuda

JURULATIH Australia, Graham Arnold mengakui kejayaan pasukannya mara ke saingan suku akhir Piala Asia Qatar 2023 selepas menundukkan Indonesia 4-0 dalam aksi kalah mati pada Ahad bukan diraih dengan mudah.

Sebaliknya beliau berkata, pasukannya berdepan tentangan sengit skuad dari Asia Tenggara itu yang mempunyai kelebihan fizikal.

“Kredit buat Indonesia, beri aksi sukar kepada kami. Mereka mempunyai fizikal yang besar dan kuat. Jadi ia amat sukar, namun kualiti penyudah berfungsi setelah kami terapkan semasa latihan menyerang.

“Para pemain semakin yakin dalam kejohanan ini. Kami telah menjangkakan Indonesia akan bermain secara fizikal dan pemain Australia juga sudah bersedia sebaiknya,” ujar Arnold.

Scroll to Top