PENGENDALI India, Igor Stimac mengakui keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil sangat teruk dan menjadi antara faktor pasukannya gagal untuk beraksi dengan baik.
Menurutnya, ia menyukarkan para pemainnya bergerak dan boleh mendatangkan kecederaan.
“Namun, saya tetap perlu memuji pemain saya yang beraksi dengan baik walaupun berdepan keadaan padang tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan pada Jumaat.
Dalam perlawanan itu, India yang berada di ranking ke-102 dunia terpaksa akur dengan kecemerlangan Harimau Malaya apabila tewas 2-4.



